2006 Olympic Games

Sukan Olimpik Musim Sejuk XX (Bahasa Inggeris: XX Olympic Winter Games, Bahasa Perancis: Les XXes Jeux olympiques d'hiver, Bahasa Itali: XX Giochi olimpici invernali) merupakan acara pelbagai sukan yang diadakan di Turin, Itali dari 10 Februari hingga 26 Februari 2006. Ini merupakan kali kedua Itali menganjurkan Olimpik Musim Sejuk, yang pertama dalam Olimpik Musim Sejuk 1956 di Cortina d'Ampezzo pada 1956. Itali juga menganjurkan temasya Olimpik musim panas di Rom pada 1960. Turin dipilih sebagai bandar tuan rumah untuk temasya 2006 pada 1999.